Gunung Jinyun, ‘Peparu Hijau’ Chongqing

2022-06-10 13:31:58  CRI
Share with:

Gunung Jinyun yang terletak di tebing Sungai Jialing, merupakan salah satu kawasan dengan ekosistem jenis hutan berdaun lebar malar hijau subtropika dipelihara paling baik di China, malah digelar ‘bank gen spesies tumbuhan’.

Fungsi gunung itu sebagai ‘peparu hijau’ bandar Chongqing berjaya dipulihkan berkat pelaksanaan langkah-langkah bersepadu oleh kerajaan tempatan untuk memajukan pembangunan hijau sepanjang empat tahun lalu.

Hasil usaha tersebut, kualiti alam sekitar di sana terus bertambah baik sekali gus memberikan pengalaman terbaik buat pengunjung.