China Giat Bina Persekitaran Perniagaan yang Berorientasikan Pasaran, Perundangan dan Antarabangsa

2022-06-10 14:24:19  CRI
Share with:

China akan giat membangunkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, perundangan dan antarabangsa, agar menyediakan lebih banyak peluang kepada perusahaan asing termasuk yang dari negara Kesatuan Eropah (EU) yang berpangkalan di negara ini.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang media pada Khamis.

Dimaklumkan, ketika membentangkan laporan mengenai peranan syarikat Eropah dalam sistem inovasi China, Presiden Dewan Perniagaan EU China, Joerg Wuttke berkata, mengundur dari pasaran China sama dengan menjejaskan kepentingan diri sendiri dan tidak kondusif bagi penerokaan produk. Sekiranya melepaskan kaitan dengan China, perusahaan EU akan kehilangan modal operasi di dalam negerinya.

Sehubungan itu, Zhao berkata, sebagai satu negara gergasi yang membangun yang mempunyai populasi 1.4 bilion orang, tenaga pekerja 900 juta dan pengguna pasaran yang aktif 120 juta, China sentiasa merupakan enjin menggalakkan pemulihan ekonomi sejagat dan destinasi popular bagi pelaburan pelbagai negara. Ekonomi China yang akomodatif, berpotensi besar dan kondusif untuk jangka masa yang panjang tidak akan mengalami perubahan yang drastik. China tidak berganjak daripada usaha memperdalam pembaharuan dan meningkatkan tahap keterbukaan untuk membangunkan persekitaran perniagaan yang berorientasikan pasaran, perundangan dan antarabangsa.  Sektor korporat dari pelbagai negara dialu-alukan memulakan kerjaya dan melabur di China.