CPI dan PPI China Naik pada Mei Berbanding Tempoh Sama Tahun Lepas

2022-06-10 13:38:45  CRI
Share with:

Indeks Harga Pengguna (CPI) di China menyaksikan peningkatan sebanyak 2.1 peratus pada bulan Mei berbanding tempoh sama tahun lepas.

Menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Kebangsaan China(NBS) hari ini, antaranya CPI negara ini meningkat 2.1 peratus di bandar dan luar bandar; naik 2.3 peratus bagi produk makanan dan 2.1 peratus bagi produk bukan makanan; menokok 3 peratus dalam bidang barangan pengguna dan 0.7 peratus dalam bidang perkhidmatan.

Indeks Harga Pengeluar (PPI) pula melonjak 6.4% pada bulan Mei berbanding tempoh sama tahun lepas. Antaranya Indeks Harga Pembelian Pengeluar Perindustrian meningkat 9.1 peratus, dan Indeks Harga Pengeluar untuk Produk Perkilangan meningkat 8.1 peratus.