Petani Xinjiang Usahakan Ladang Kapas Guna Peralatan Moden

2022-06-10 13:44:44  CRI
Share with:

Petani di kampung Yaqike, wilayah Xinjiang kelihatan sibuk mengerjakan ladang kapas dengan menggunakan peralatan pertanian moden sempena Hari Mang Zhong (Grain in Ear), iaitu penggal kesembilan dalam ‘24 musim’ menurut kalendar tradisional China.

Kaum tani tempatan mahir mengendalikan peralatan pertanian moden untuk menjalankan operasi kawalan serangga perosak, membubuh baja dan merumput.