China Sokong Pembaharuan WTO ke Arah yang Betul

2022-06-10 13:40:26  CRI
Share with:

China menyokong pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO) ke arah yang betul dan pembangunan sistem perdagangan multilateral yang inklusif, kata jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting dalam sidang akbhar pada Khamis.

Menurut maklumat, Mesyuarat Menteri ke -12 (MC12) WTO akan diadakan di Geneva, Switzerland dari 12 hingga 15 Jun nanti.

Shu berkata, pelbagai pihak sedang mengadakan perbincangan tentang isu-isu yang melibatkan kerjasama dalam usaha melawan pandemik COVID-19, perjanjian subsidi perikanan, pertanian, dan keselamatan bijirin. Pelbagai pihak juga akan mengadakan rundingan tentang kerja utama WTO pada masa depan dalam MC12.

“China akan mengambil bahagian secara aktif dalam MC12, menyokong hak dan kepentingan yang sah anggota membangun, melindungi amalan multilateralisme yang sebenar, dan mengekalkan saluran dan pendekatan utama bagi penggubalan peraturan antarabangsa dalam sistem perdagangan multilateral ,” menurut Shu.

Shu berkata China juga menyokong usaha menggalakkan MC12 untuk mencapai hasil yang positif dan substantif, agar WTO memainkan peranan lebih penting dalam usaha menghadapi cabaran global dan memacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

“WTO menghadapi cabaran berikutan situasi pandemik global yang serius. Semua pihak berharap WTO memulihkan operasi normal secepat mungkin,” tambah Shu.