Pembangunan PKS China Makin Pulih pada Bulan Mei

2022-06-10 15:31:18  CRI
Share with:

Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana China mengeluarkan data berkenaan semalam menunjukkan prestasi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada bulan Mei menguncup pada jajaran yang lebih kecil berbanding bulan April, dan indeks pembangunan PKS mencatat 88.2 mata.

Ketua Setiausaha persatuan tersebut, Xie Ji menyatakan bahawa kadar penurunan menjadi lebih rendah pada bulan Mei menandakan ekonomi berada dalam pemulihan. Antaranya, indeks sektor pembinaan, pengangkutan dan logistik, serta jualan borong dan runcit pada bulan Mei masing-masing meningkat 0.3, 0.2 dan 0.2 mata.

Menurut Xie, seiring dengan pelaksanaan pelbagai langkah yang diambil kerajaan yang membantu PKS mengatasi kesukaran, prestasi ekonomi dijangka akan berkembang ke arah yang lebih baik pada bulan ini malah untuk berbulan-bulan seterusnya.