Xi Balas Surat Kader Belia Afrika

2022-06-10 14:20:22  CRI
Share with:

"Kalian diharap menyemarakkan semangat dan memperjuangkan cita-cita tinggi pada masa muda demi impian kebangkitan bangsa di benua Afrika". Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping pada Rabu dalam surat balasnya kepada pelajar  Bengkel Kader Muda dan Setengah Baya anjuran Sekolah Pimpinan Mwalimu Julius Nyerere di Tanzania untuk bekas Gerakan Pembebasan Bahagian Selatan Afrika.

"Saya berasa gembira setelah diberitahu tentang Sekolah Pimpinan Nyerere menjayakan bengkel berkenaan, dan kalian saling belajar serta maju bersama ketika melakukan perbincangan mendalam tentang topik apa pembangunan yang perlu diwujudkan berdasarkan pimpinan parti pemerintah pada era baharu dan apa pendekatan yang perlu diambil bagi merealisasikan matlamat itu ," kata Xi.

Beliau menegaskan, China dan Afrika adalah komuniti berkongsi nasib. Harapan demi persahabatan berkekalan antara kalangan rakyat bergantung pada golongan muda.

"Sekalian diharap memikul tanggungjawab dan tugasan semasa, berkecimpung dalam usaha persahabatan antara satu sama lain, memupuk dan mewariskan persahabatan dan kerjasama, memberikan sumbangan yang bercirikan golongan belia kepada pembangunan komuniti berkongsi nasib yang berkualiti tinggi, " katanya.

Bengkel Kader Muda dan Setengah Baya anjuran Sekolah Pimpinan Nyerere untuk enam parti politik di bahagian selatan Afrika menumpu kepada tema utama "pembangunan baharu pada era baharu: penerokaan dan pertukaran antara PKC dengan enam parti politik saudara-saudari bahagian selatan Afrika". Pada saat berakhirnya Bengkel tersebut, Kesemua 120 peserta pernah bersama menulis sepucuk surat dan mengirimnya ke Xi untuk menyuarakan tekad mewarisi persahabatan dan memperdalam kerjasama bilateral.