"Resolusi Xinjiang" Semata-mata Fitnah Parlimen Eropah

2022-06-11 14:35:26  CRI
Share with:

Parlimen Eropah didakwa membelakangi hakikat objektif, sengaja memfitnah China, mencampuri urusan dalaman China dengan biadab dan melanggar undang-undang antarabangsa serta order asas hubungan antarabangsa secara terang-terangan, melalui tindakannya meluluskan apa yang disebut "Resolusi Xinjiang" .

 

Perbuatan Eropah itu sudah mengundang bantahan tajam daripada China.

 

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian semalam.

 

Menurut laporan berkenaan, Parlimen Eropah kelmarin sudah meluluskan sebuah resolusi yang mendakwa terwujudnya rosiko tinggi tentang "genoside" berlaku di wilayah Xinjiang.

 

Zhao berkata, isu wilayah Xinjiang bukan masalah bangsa, agama dan hak asasi manusia, melainkan masalah anti keganasan, anti ekstremisme dan anti perpisahan yang berkait rapat dengan kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara China. Menurut Zhao, jumlah populasi etnik Uygur telah meningkat dari 2.2 juta kepada 12 juta orang dalam tempoh masa lebih 60 tahun lalu, manakala jangka hayat perkapita pula bertambah dari 30 tahun kepada 74.7 tahun di wilayah ini.

 

Zhao berkata, resolusi tersebut semata-mata fitnah dan bohongan biadab yang direka-reka kuasa anti China, dan hanya akan menjadi sia-sia sahaja dalam percubaannya menjejaskan ketenteraman dan kesejahteraan wilayah Xinjiang. China sama sekali tidak berganjak dari usaha terus melindungi keselamatan kedaulatan dan kepentingan pembangunan sendiri.