China Pemilik Warisan Alam Dunia Terbanyak

2022-06-11 16:29:07  CRI
Share with:

Hari ini, Hari Warisan Budaya dan Alam. 

Menurut maklumat berkenaan, jumlah warisan alam dunia dan warisan budaya-alam dunia di China masing-masing menduduki tangga tertinggi di dunia dan perlindungan terhadap kedua-dua warisan tersebut dijalankan dengan baik di negara ini.

 

Kedua-dua jenis warisan tersebut berjumlah 18 buah di China, dan merangkumi kawasan seluas 70,500 kilometer persegi. Terdapat 9 buah antaranya yang tersenarai dalam Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) UNESCO.

 

Kesemua 18 buah warisan tersebut berperanan sebagai payung bagi perlindungan peninggalan geologi, gunung-ganang, hutan dan tasik yang indah, spesies makhluk yang terancam, lebih 200 tapak artifak, warisan budaya tidak ketara, kota, pekan serta kampung yang bersejarah lama dan terkemuka di negara ini, dan juga boleh membawa pulangan sebanyak RMB14 bilion (RM9.2 bilion) lebih sebagai pendapatan pelancongan setiap tahun.

 

Menurut Naib Pengarah Bahagian Perlindungan Alam Jabatan Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Kebangsaan China, Yan Chenggao, laporan “Prospek Warisan Dunia 2020” dari Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) menunjukkan, 63% warisan alam dunia dan warisan budaya-alam dunia berada dalam keadaan yang “baik” atau “agak baik”, namun kadar itu mencatat 89% di China.