Tindakan "Sekat China Melalui Isu Taiwan" Ditakdir Gagal

2022-06-11 14:56:14  CRI
Share with:

 

Jurucakap Penerangan Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam satu sidang media sebelum Dialog Shangri-la Singapura telah memperkenalkan keadaan perbincangan antara menteri pertahanan China dengan Amerika Syarikat (AS).

 

Menurut Wu, Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe telah menegaskan pendirian negaranya dalam isu Taiwan. Hanya terdapat satu negara China di dunia ini. Wilayah Taiwan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari China. Prinsip ‘Satu China’ merupakan asas politik hubungan China-AS. Perbuatan "menyekat China melalui isu Taiwan" mustahil berhasil. Wei menunjukkan bahawa rancangan AS tentang penjualan senjata kepada Taiwan dilihat melanggar prinsip Satu China dan Tiga Pengumuman Bersama China-AS, malah mencabuli kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, serta menjejaskan hubungan kedua-dua negara serta kestabilan Selat Taiwan, dan pasti mengundang kecaman tajam daripada China.

 


Dalam dialog bilateral tersebut, Wei menekankan bahawa pasukan tentera China bertekad teguh akan menghancurkan sebarang muslihat yang bertujuan memisahkan Taiwan demi "Kemerdekaan" dan mempertahankan kedaulatan dan keutuhan wilayah tanpa mengira apa jua kosnya akan dibayar.

 

Melibatkan isu Laut China Selatan, Wei pula menyatakan negara-negara di rantau ini berkeinginan dan berkeupayaan untuk menangani isu tersebut dengan baik. Campur tangan kuasa dari luar rantau ini barulah faktor yang paling tidak menentu. Oleh itu, AS dikehendaki mengambil langkah yang kondusif bagi kestabilan Laut China Selatan, dan jangan asyik mencetuskan perselisihan, menghasut pertikaian dan pertentangan di rantau ini.