Pelaksanaan Dasar ‘Satu China’ Dijadikan Satu Simbol Sahaja

2022-06-12 15:38:02  CRI
Share with:

Isu Taiwan adalah urusan dalaman China, sedangkan prinsip “Satu China” merupakan dasar politik hubungan China-Amerika Syarikat (AS), yang pernah dijanjikan dengan jelas oleh setiap pentadbiran AS termasuk pentadbiran Biden yang juga pernah menyatakan tidak menyokong “kemerdekaan Taiwan. Namun, janji AS tidak selaras dengan tindakannya yang selalu memperalatkan isu Taiwan sehingga pelaksanaan dasar “Satu China” hanya dijadikan satu simbol sahaja. Demikian dinyatakan Naib Ketua Turus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Zhang Zhenzhong kepada media semalam ketika menghadiri Dialog Shangri-la.

Zhang menambah bahawa sejak tahun ini AS telah mengambil siri langkah yang mengancam kedaulatan dan kepentingan keselamatan China termasuk mengeluarkan laporan strategi Indo-Pasifik, menyatakan mahu membantu Taiwan meningkatkan kemampuan pembelaan diri, menghantar ahli Kongres dan bekas selebriti politik melawat Taiwan bahkan mengumumkan lagi rancangan penjualan senjata kepada Taiwan pada 8 Jun. Kesemua lakuan ini amat bahaya kerana ia dilihat isyarat sokongan kepada aktivis “kemerdekaan Taiwan” sehingga meruncingkan ketegangan dalam situasi Selat Taiwan.

Zhang menekankan bahawa isu Taiwan jika ditangani kurang baik akan melahirkan pengaruh yang subversif terhadap hubungan bilateral. Hanya terdapat satu negara China sahaja di dunia ini, dan Taiwan ialah salah satu wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Tentera Pembebas Rakyat China sentiasa bersiap sedia dan akan bertegas untuk menegakkan pemeliharaan keselamatan kedautan dan keutuhan tanah air, tak kira apa jua kosnya yang akan dibayar.