Menteri Pertahanan China Tegaskan Lagi Pendirian dalam Isu Taiwan

2022-06-12 15:40:22  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe telah menyampaikan ucapan yang bertajuk “Visi China terhadap Order Serantau” dalam Dialog Shangri-la ke-19 di Singapura hari ini.

Wei menyatakan bahawa China akan mengekalkan pembangunan secara damai. Pembangunan China bukan ancaman, melainkan sumbangan besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia. China bertegas mengamalkan dasar pertahanan bersifat defensif, sedangkan tentera China juga bertegas membela kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan tanah air. Pelbagai negara dari Rantau Asia-Pasifik yang ekonominya paling dinamik dan berpotensi di dunia, sepatutnya berusaha melangkah ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib Asia-Pasifik dan mewujudkan kedamaian yang berkekalan dan keselamatan serantau. 

Dalam ucapannya, Wei Fenghe menekankan pendirian China dalam isu Taiwan yang dilihatnya sebagai urusan dalaman China. Penyatuan secara damai adalah hasrat paling besar rakyat China. Janganlah memandang rendah keazaman dan kemampuan tentera China untuk mempertahankan Taiwan daripada dipisahkan keluar tanah air.

Selain itu, Wei juga telah membentangkan pendirian China dalam isu Laut China Selatan, hubungan China-AS dan krisis Ukraine dalam ucapannya.