China Peruntukkan RMB360 Juta dalam Penyelamatan Bencana

2022-06-12 14:43:59  CRI
Share with:

China memperuntukkan RMB360 juta (RM236.8 juta) dengan cemas untuk membantu operasi menyelamat bencana, menurut maklumat Kementerian Kewangan China dan Kementerian Pengurusan Kecemasan pada Sabtu.

Antaranya, sekitar RMB340 juta (RM223.6 juta) diperuntukkan untuk 12 provinsi, wilayah dan bandar di selatan negara ini, termasuk Hunan, Guangxi dan Guizhou dalam usaha mencari, menyelamat dan penempatan semula mangsa banjir, selain digunakan dalam bidang rawatan kecemasan, pengesanan bencana sekunder dan pembaikpulihan bangunan yang runtuh dan rosak.

Bakinya sebanyak RMB20 juta(RM13.15 juta) pula disediakan kepada provinsi Liaoning di timur laut China untuk menyelesaikan masalah kekurangan air di sana.