Transformasi Kebun Teh ke Pangkalan Matcha

2022-06-13 21:10:58  CRI
Share with:

Sebagai hasil transformasi yang dimulakan sejak tahun 1993, tali pengeluaran teh hijau yang terkukus dan tali pengeluaran matcha berturut-turut diperkenalkan oleh stau syarikat Jepun ke kebun teh milik negara di pekan Fusheng, bandar Shaoxing, provinsi Zhejiang. Pada masa sekarang, syarikat teh usahasama itu sudah mempunyai kebun teh standard seluas lebih 600 hektar dan berkapasiti mengeluarkan matcha 800 tan setahun, sekali gus menjadi penyumbang kepada peningkatan pendapatan lebih 500 keluarga petani tempatan.