Pemulihan Ekonomi Delta Sungai Yangtze Bergerak Pantas

2022-06-13 15:39:12  CRI
Share with:

Ekonomi di kawasan Delta Sungai Yangtze, China menyaksikan pemulihan pantas hasil daripada pelaksanaan dasar dan langkah bersepadu bagi menstabilkan pertumbuhan ekonomi, sambil mendorong pemulihan kegiatan pengeluaran.

Menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Teknologi Maklumat Perbandaran Shanghai (SHEITC), kadar pemulihan operasi 9,472 syarikat perindustrian berskala besar di bandar itu mencecah lebih 96 peratus setakat ini.

Sementara itu, kadar penyambungan semula kegiatan pengeluaran mencapai 69 peratus dam angka itu meningkat hampir 20 peratus berbanding seminggu lalu.

Untuk rekod, jumlah pengeluaran automobil metropolitan itu mencecah 70,000 unit pada Mei, menokok lebih tiga kali ganda berbanding April.

Ketua jurutera SHEITC, Zhang Hongtao berkata pihaknya akan terus berusaha gigih untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mantap sepanjang tahun ini.

Selain Shanghai, syarikat perindustrian berskala besar di provinsi Jiangsu juga telah kembali beroperasi secara menyeluruh.

Di bandar Suzhou, penggunaan tenaga elektrik dalam sektor perindustrian pada Mei meningkat 26.5 peratus berbanding April.

Sementara di provinsi Zhejiang pula, kadar pemulihan pengeluaran sebanyak 20,000 syarikat perindustrian utama melepasi 90 peratus, termasuk sektor auto dan tekstil.

k,Naib Pengurus Besar Zhejiang Yifeng Machinery Co., Ltd., Lu Zhilong berkata tempahan telah dibuat hingga hujung tahun, dan syarikatnya akan mengekalkan sasaran pertumbuhan prestasi sebanyak 20 peratus yang ditetapkan pada awal tahun ini.