Petani China Peroleh Hasil Gandum Lumayan

2022-06-13 13:30:12  cri
Share with:

Tuaian gandum di kawasan penanaman utama China dijangka mencatat 65 bilion kilogram pada musim panas tahun ini.

Menurut Jabatan Pentadbiran Makanan dan Rizab Strategik Negara, China berjaya mengekalkan tuaian yang lumayan dan hasil gandum yang berkualiti.

Kini, tuaian gandum di beberapa provinsi termasuk Hubei, Anhui dan Jiangsu telah dipasarkan, sementara pembelian gandum secara pukal sedang dijalankan di beberapa provinsi lain.

Dalam pada itu, pelbagai inisiatif termasuk sokongan kewangan ditawarkan bagi mempermudah kaum petani menjual gandum masing-masing.

Han Dengqin, petani dari kaunti Pingyin, provinsi Shandong memberitahu bahawa gandum yang ditanamnnya pada tahun ini mencapai keluasan sekitar 7 hektar, sekali gus mampu menjana pendapatan lebih RMB100,000 (sekitar RM66,000).

“Sekarang urusan jual beli gandum dikendalikan melalui platform khusus dan bayarannya tidak pernah tertangguh, malah boleh diterima pada hari yang sama,” ujarnya.

Penganalisis kanan Pusat Maklumat Bahan Makanan dan Minyak Kebangsaan, Wang Xiaohui berkata, harga pembelian gandum di kawasan utara mencatat antara RMB3,000 (RM1,973) hingga RMB3,100 (RM2,032) setiap tan, iaitu meningkat RMB600 (RM395) berbanding masa sebelum ini.

Jelas beliau, ia secara tidak langsung mampu membantu para petani meningkatkan pendapatan masing-masing.