Balai Arkib Permainan Video Pertama di Guangzhou

2022-06-13 23:09:04  CRI
Share with:


Nie Jun, pengasas sebuah syarikat permainan video telah bersama-sama dengan sahabatnya membuka sebuah balai arkib permainan video yang merupakan pertama di bandar Guangzhou pada 2022.

Pameran yang tersedia dalam balai itu mengutamakan koleksi kelengkapan elektronik yang berkaitan dengan alat permainan video, komputer dan televisyen yang dibuat pada tahun-tahun yang berbeza.


Para pengunjung berpeluang menghayati perubahan dan kemajuan yang tercapai dalam industri permainan video dalam tempoh masa lebih 50 tahun lalu melalui pameran koleksi itu.