Hasil Terbaharu Kajian Arkeologi Sanxingdui

2022-06-13 14:13:48  CRI
Share with:

Institut Pengajian Artifak Sichuan mengumumkan hasil terbaharu kajian arkeologi tapak Sanxingdui, dalam sidang media yang diadakan di Muzium Sanxingdui pagi tadi. 

Menurut taklimat berkenaan, kerja kajian arkeologi di zon pemujaan dan enam ‘lubang pemujaan’ yang baru ditemui di tapak itu telah dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak dari sektor arkeologi, perlindungan artifak, dan perkhidmatan pendigitalan yang melibatkan ilmu arkeologi, sejarah, fizik, kimia, paleontologi, paleogeologi, dan paleoalam sekitar, membabitkan hampir 200 sarjana.

Selepas ujian karbon-14 dijalankan terhadap 200 sampel, lubang pemujaan nombor tiga, empat, tujuh dan lapan disahkan adalah pada zaman yang sama, iaitu akhir zaman Dinasti Shang, lebih 3,200 hingga 3,000 tahun dahulu, manakala lubang nombor lima dan enam adalah pada zaman lebih dekat.