China Pacu Sektor Pembuatan ke Arah Mesra Alam

2022-06-14 14:16:14  cri
Share with:

Aktiviti Minggu Promosi Penjimatan Tenaga sedang berlangsung di China sehingga 19 Jun ini.

Sebagai negara gergasi dalam sektor pembuatan, China aktif mengambil pelbagai inisiatif bagi mendorong kaedah pengeluaran ke arah mesra alam.

Dalam pada itu, sejumlah kilang dan taman perindustrian telah diwujudkan dengan berpandukan konsep penjimatan tenaga dan pengurangan pencemaran.

Malah, turut dilihat bahawa jumlah jenis produk mesra alam yang memasuki pasaran juga semakin banyak.