Tuerxunjiang Idam Serlahkan Pesona Kashgar dengan Berus Cat

2022-06-14 15:26:29  CRI
Share with:

Tuerxunjiang, 27, seorang pelukis yang dibesarkan di Kashgar, wilayah Xinjiang. 

Sejak berusia 10 tahun, dia telah menunjukkan minatnya terhadap seni lukis dan mula mengikuti ‘sifu’ untuk mempelajari teknik melukis.

Hasil kesungguhan bertahun-tahun lamanya, Tuerxunjiang lulus peperiksaan untuk diterima masuk ke Universiti Perguruan Xinjiang dalam jurusan pendidikan seni halus.

Terletak di barat daya Xinjiang, kota purba Kashgar berusia sekurang-kurangnya 400 tahun merupakan kompleks bangunan terbesar dibina dengan tanah mentah yang masih digunakan di dunia buat masa ini.

Kashgar telah menampilkan wajahnya yang lebih mempesona hasil daripada pelaksanaan projek mengubah suai bangunan-bangunan lama sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selepas menamatkan pengajian di universiti, Tuerxunjiang terus pulang ke kampung halamannya untuk membuka studio melukis.

Dia berusaha gigih untuk memperkenalkan lukisan tentang kampung halamannya ke lebih banyak tempat. 

Difahamkan, terdapat lebih 40 studio dengan gaya yang berbeza-beza di jalan "Oil Painting Street" , iaitu tempat Tuerxunjiang menubuhkan studionya.

Di situ, orang ramai bersama-sama menikmati faedah daripada dasar keutamaan keusahawanan dan pembangunan pelancongan.

Tuerxunjiang beranggapan, Kashgar kini kembali muncul sebagai sebuah kota penuh dinamik dan bertenaga dengan kehadiran lebih ramai pemuda.

Katanya, ia juga secara tidak langsung memberikan ilham dan inspirasi yang terus-menerus kepada hasil lukisannya.