Gaya Hidup Mesra Alam Jadi Fesyen Baharu

2022-06-14 14:12:03  cri
Share with:

Sedang berlangsung ketika ini di China adalah aktiviti Minggu Promosi Penjimatan Tenaga yang bermula semalam dan dijadual berakhir pada 19 Jun.

Menerusi usaha seperti mengelakkan pembaziran makanan, memilih kaedah perjalanan dan barangan yang mesra alam serta membudayakan pengasingan sampah sarap, gaya hidup hijau semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk China.

Seiring dengan itu, teknologi baharu dan usaha kreatif turut sama diperkenalkan ke arah menjimatkan sumber tenaga, di samping meningkatkan kualiti kehidupan.