Minggu Promosi Penjimatan Tenaga Dilancarkan

2022-06-14 15:11:50  CRI
Share with:

Minggu promosi penjimatan tenaga China 2022 dilancarkan pada Isnin, dengan tema "karbon rendah dan penjimatan tenaga".

Pada akhir-akhir ini, kecekapan pengunaan tenaga di negara ini banyak ditingkatkan. Kadar peningkatan ekonomi di China mencatat 6.5 peratus, sedangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga hanya tiga peratus setahun. 

Pada masa yang sama, intensiti penggunaan tenaga menurun 26.2 peratus, bersamaan dengan pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 1.4 bilion tan arang batu standard, dan pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 2.94 bilion tan.

Dalam perkembangan berkaitan, penyesuaian struktur industri dan tenaga di negara ini juga dipercepat. Skop unit generator jana kuasa arang batu dengan pelepasan ultra rendah melebihi 1 bilion kilowat, manakala skop terpasang tenaga boleh diperbaharui memecah 1 bilion kilowat. Selain itu, unit generator janakuasa menggunakan hidroelektrik, tenaga angin, tenaga suria dan tenaga biojisim masing-masing menduduki tempat teratas di dunia.

Menurut data statistik, jumlah kereta tenaga baharu di negara ini mencatat 7.84 juta setakat penghujung tahun 2021. Angka tersebut menduduki tempat pertama di dunia.