Sedia Bersama Tangani Pencemaran Plastik: Duta China ke WTO

2022-06-14 13:52:55  CRI
Share with:

China sentiasa mengutamakan isu pencemaran plastik dan bersedia bersama-sama anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) lain untuk menangani cabaran global itu.

Menurut Wakil Tetap China ke WTO, Li Chenggang, China merupakan antara anggota WTO yang paling awal bertindak mengatasi pencemaran plastik.

Beliau menyatakan kemampanan adalah salah satu matlamat pembangunan ekonomi dan sosial China.

“Pada tahun-tahun kebelakangan ini, China telah memperkenalkan siri dasar dan langkah bersepadu bagi mengawal pencemaran plastik.

“China bersedia berkongsi pengalaman dengan anggota WTO lain, di samping membentuk sinergi untuk mengatasi masalah berkenaan”, katanya dalam taklimat media mengenai inisiatif alam sekitar sempena Persidangan Peringkat Menteri WTO ke-12 (MC12), Isnin.

Difahamkan, MC12 yang dijadual berlangsung selama empat hari membuka tirai di Geneva, Switzerland pada Ahad.

Sepanjang tempoh persidangan itu, para peserta akan turut berbincang tentang pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19, pembendungan wabak, subsidi perikanan, pertanian, keselamatan makanan, serta pembaharuan WTO.