CMG Perkasakan Strategi "5G+4K/8K+AI"

2022-06-14 13:51:53  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) giat memperkasakan pelaksanaan strategi "5G+4K/8K+AI", menggunakan teknologi definisi ultra tinggi (UHD) 4K/8K melalui peralatan penggambaran tercanggih, membuat laporan tentang aktiviti penting termasuk sambutan ulang tahun ke-100  PKC, ulang tahun ke-70 Republik Rakyat China, Gala Tahun Baharu China dan lain-lain. 

Demikian dikatakan Presiden CMG, Shen Haixiong dalam sesi penilaian projek sistem 4K/8K dan pengaplikasiannya baru-baru ini.

Shen, yang juga Naib Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC)menyatakan, CMG berjaya mecapai sasaran laporan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 menggunakan teknologi 8K, memberikan perkhidmatan penyiaran yang amat baik kepada para penonton di seluruh dunia, di samping mendapat pujian daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan syarikat Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS).