China, New Zealand Tingkatkan Kerjasama, Dorong Pembangunan Dunia

2022-06-14 14:32:24  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan mesyuarat video dengan rakan sejawatnya dari New Zealand, Nanaia Mahuta pada Isnin.

Wang Yi berkata, China menganggap New Zealand sebagai rakan strategik yang penting. Pihaknya bersedia bersama-sama Zew Zealand melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, melaksanakan protokol penaiktarafan Perjanjian Perdagangan Bebas China-New Zealand, menjayakan dialog peringkat menteri mengenai perubahan iklim dan memperkasakan pemulihan hijau.

Wang Yi menyatakan, China menghormati hubungan tradisional antara New Zealand dengan negara-negara kepulauan Pasifik dan komited bersama-sama New Zealand melaksanakan lebih banyak projek kerjasama tiga pihak dan pelbagai pihak berdasarkan kehendakan negara-negara kepulauan tersebut agar membina Pasifik Selatan yang terbuka, inklusif, bersatu padu dan bekerjasama.

Mahuta pula berkata, kedua-dua pihak perlu menyokong negara-negara kepulauan Pasifik mengatasi semasa melalui platform dua hala dan pelbagai hala. Pihaknya bersedia bersama-sama China untuk mendorong pembangunan dan keselamatan dunia.