China Berikan 2.2 Bilion Dos Vaksin COVID-19 kepada Dunia

2022-06-14 11:18:40  CRI
Share with:

China telah memberikan 2.2 bilion dos vaksin COVID-19 kepada 153 buah negara dan 15 pertubuhan antarabangsa setakat bulan Mei.

Demikian dimaklumkan pegawai Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam sidang taklimat bertemakan "Sepuluh Tahun di China" pagi tadi.

Untuk rekod, China telah memberikan 4.6 bilion sut pelindung, 18 bilion reagen ujian asid nukleik (NAT), dan lebih 430 bilion pelitup muka kepada dunia.