Halangan AS Tidak Dapat Kekang Pembangunan China

2022-06-15 11:16:16  CRI
Share with:

China membantah Amerika Syarikat (AS) menggeneralisasikan konsep keselamatan negara, meningkatkan siasatan tidak munasabah terhadap pelaburan yang turut mengakibatkan halangan bagi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara syarikat pelbagai negara termasuk perusahaan China dan AS sendiri.

Tundakan seumpama telah menjejaskan order ekonomi, perdagangan dan peraturan perdagangan antarabangsa, malah mengancam kestabilan rantaian bekalan dan rantai perindustrian global.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika diminta mengulas tentang AS meluluskan akta yang menghalang pelaburan terhadap China, dalam sidang taklimat pada Selasa.

Wang mengatakan, terbuka dan inklusif adalah trend sezaman, manakala menutup pintu dan konservatif adalah membalikkan sejarah.

China dianggap pasaran paling dinamik dan berpotensi di dunia. Keazaman China untuk meningkatakan taraf keterbukaan tidak akan berubah. Melabur di China bermakna melabur untuk masa depan.

Wang mengulas bahawa ahli politik AS membina halangan tidak munasabah terhadap kerjasama ekonomi dan perdangan yang normal dengan China, tidak akan mengekang pembangunan China. Ia sebaliknya akan mengurung negara itu sendiri dan hilang peluang pembangunan.