Titik Peluh Petani Buahkan Tuaian Lumayan

2022-06-15 15:55:17  CRI
Share with:

Keluasan tuaian gandum di seluruh China kini mencecah 16.47 juta hektar, dengan 81.2 peratus tanaman gandum telah selesai dituai, menurut Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar pada Isnin.

Seperti yang diketahui umum, cuaca seperti angin kering dan panas, hujan ribut dan hujan batu yang sering berlaku ketika musim panas akan menjejaskan penuaian gandum.

Justeru, sebelum cuaca tersebut datang, kaum tani di pelbagai tempat berhempas-pulas untuk menuai gandum tanpa mengenal siang atau malam, bagi memastikan setiap biji hasil tanaman disimpan sempurna di gudang bijirin.