Tingkatkan Kerjasama Praktikal China-Rusia untuk Jangka Panjang: Xi

2022-06-15 21:43:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin melalui telefon petang Rabu.

Xi menyatakan bahawa sejak awal tahun ini, hubungan kedua-dua negara mengekalkan momentum perkembangan baik walaupun dunia menghadapi pergolakan dan transformasi. Kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara mencapai kemajuan baharu, dan perasmian jambatan lebuh raya rentas sempadan Heihe-Blagoveshchensk telah menjadi satu laluan baharu yang menyambungkan kedua-dua negara.

Beliau mengatakan bahawa China bersedia berusaha bersama Rusia untuk memperkukuh kerjasama praktikal kedua-dua negara untuk jangka panjang.

Putin pula menyatakan bahawa pihaknya amat gembira melihat pembangunan cemerlang yang dicapai China di bawah pimpinan Presiden Xi. Sejak awal tahun ini, kerjasama praktikal Rusia-China berkembang baik. Pihak Rusia menyokong inisiatif keselamatan global anjuran China, dan menentang mana-mana pihak mencampuri hal ehwal dalaman China menggunakan isu Xinjiang, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain.

Beliau berkata, Rusia bersedia meningkatkan koordinasi pelbagai hala dengan China, agar bersama-sama memberikan sumbangan bagi menggalakkan multipolarisasi dan pembinaan order antarabangsa yang lebih adil dan rasional.

Menyentuh isu Ukraine, Xi menegaskan bahawa China membuat pertimbangan bebas dari aspek sejarah dan kebenaran, di samping menggalakkan keamanan sejagat dan kestabilan order ekonomi dunia.

Beliau menegaskan, pelbagai pihak terlibat perlu mendorong penyelesaian krisis Ukraine dengan baik melalui cara yang bertanggungjawab. China bersedia terus memberikan sumbangan sendiri.