Kadar Sokongan Biden Merosot Lagi

2022-06-15 10:53:57  CRI
Share with:

Keputusan tinjauan pendapat umum terkini yang dibuat bersama oleh Reuters dan Ipsos mendapati bahawa kadar sokongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menurun selama tiga minggu kepada 39 peratus, menghampiri 36 peratus iaitu tahap paling rendah dalam tempoh perkhidmatannya. 

Data tinjauan menunjukkan bahawa sebanyak 56 peratus rakyat AS tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Biden. Selain itu, kadar sokongan Biden berada di bawah 50 peratus sejak Ogos lalu.

Menurut laporan media, Parti Demokratik pimpinan Biden kemungkinan kehilangan kawalan ke atas sekurang-kurangnya satu dewan di Kongres dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 8 November nanti.