Fahami Fungsi Sebenar Modul Wentian

2022-06-16 12:04:46  CRI
Share with:

Modul eksperimen Wentian akan dilancarkan untuk dicantumkan dengan modul teras Tianhe pada Julai depan, menyaksikan ruang dalaman kabin bertambah sebanyak 50 meter padu buat tiga anak kapal Shenzhou-14.

Sama seperti modul teras Tianhe, Wentian juga dilengkapi dengan pelbagai fasiliti antaranya termasuk tiga zon tidur dan zon sanitasi.

Selepas pencantuman, kedua-dua modul tersebut boleh menempatkan enam orang angkasawan pada satu-satu masa.

Modul Wentian digunakan terutamanya untuk penyelidikan terhadap pertumbuhan haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma dalam persekitaran mikrograviti.

Difahamkan, dalam beberapa tahun mendatang, China akan meneruskan penyelidikan sains menggunakan 25 kabinet eksperimen membabitkan modul teras Tianhe, modul Wentian dan modul Mengtian, dengan kehadiran angkasawan asing.