AS Beri Bantuan Ketenteraan USD 1 Bilion kepada Ukraine

2022-06-16 11:23:08  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Jeo Biden menghubungi rakan sejawatnya dari Ukraine, Vladimir Zelenskiy semalam, mengulangi sokongannya kepada Ukraine.

Menurut laporan Agensi Berita Ukraine, Biden mengumumkan bahawa pihaknya akan memberikan bantuan ketenteraan bernilai USD1 bilion kepada Ukraine, termasuk senjata pertahanan pesisir pantai dan artileri.