Santapan Minda: Taat Ibu Bapa, Tiang Budi Pekerti

2022-06-17 22:42:20  CRI
Share with:

Huraian:

Dipetik daripada Xiaojing (The Classic of Filial Piety), karya klasik Confucius dihasilkan lebih 2,000 tahun lalu, ungkapan ini memberitahu bahawa taat terhadap ibu bapa merupakan asas kepada budi pekerti insani, dan setiap pendidikan moral pula terlahir daripada sikap mulia itu.

Ia mengajar agar kita menghargai jasa ibu bapa yang tiada terpermanai dengan sentiasa menyayangi, menghormati serta berbuat baik kepada mereka.