AS "Bukan Negara Demokratik"

2022-06-17 13:39:04  CRI
Share with:

Tinjauan pendapat umum yang dijalankan bersama Yahoo News dan YouGov mendapati bahawa 49 peratus responden menganggap Amerika Syarikat (AS) bukan lagi sebuah negara demokratik pada masa depan. Di samping itu, sebanyak 46 peratus responden percaya bahawa mereka berkemungkinan besar akan melihat perang saudara berlaku di AS.

Ketika ditanya sebab kejatuhan demokrasi, responden dari Parti Republikan dan Parti Demokratik masing-masing menyalahkan pihak lain.

Sesi pendengaran mengenai rusuhan di Capitol pada tahun lalu telah menjadi pentas kedua-dua parti untuk saling mencela. Pada masa ini, masalah sosial seperti "orang putih didahulukan" dan keganasan senjata api yang berleluasa semakin menonjol di negara itu, dan semakin ramai rakyat AS mempunyai tanggapan pesimis terhadap masa depan demokrasi Amerika.