1 Maut, 2 Cedera Kes Tembakan di Alabama

2022-06-17 13:40:49  CRI
Share with:

Kes tembakan yang berlaku di sebuah gereja di kawasan Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, mengakibatkan seorang terbunuh dan dua lagi cedera.

Polis tempatan mengesahkan suspek terlibat telah ditahan, namun enggan mengulas lanjut tentang identiti suspek dan butiran mengenai kejadian itu.