Jaringan Jerami Ciptaan China Bagi Memupuk Oasis

2022-06-17 13:30:10  CRI
Share with:

Hari Dunia untuk Memerangi Desertifikasi Ke-28 jatuh pada 17 Jun.

Bagaimana memupuk oasis di padang pasir? Sepanjang kempen memerangi desertifikasi atau hakisan tanah sejak sekian lama, rakyat China tidak pernah berhenti dalam menyumbangkan kebijaksanaan dan pengalaman yang tersendiri.

Jaringan Jerami terdiri daripada petak-petak ikatan jerami yang berukuran ‘satu kali satu meter’, dengan bahagian di permukaan pasir hidup setinggi 10 hingga 20 sentimeter, dan bahagian yang tertanam sedalam 10 hingga 20 sentimeter. Ciptaan China ini terbukti bukan sahaja berguna bagi menangkis tiupan angin, menetapkan pasir hanyut dan menyimpan air, bahkan kondusif bagi terbentuknya jalur tumbuh-tumbuhan.