China Capai Kemajuan Besar dalam Kawalan Tanah Pasir

2022-06-17 13:14:32  CRI
Share with:

Hari Kawalan Penggurunan dan Kemarau Dunia ke-28 yang jatuh pada 17 Jun tahun ini disambut di China dengan tema "beganding tangan cegah penggurunan, bina bersama komuniti berkongsi nasib".

Sejak Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (PKC) Ke-18 diadakan, China berjaya mencapai matlamat "separuh tanah gurun yang boleh diperbaiki dipulihhara menjelang tahun 2020",  kerja pencegahan dan kawalan tanah pasir mencapai kemajuan besar.

Dalam tempoh 10 tahun lalu, China telah memulihara tanah pasir seluas 18.8 juta hektar, menunup dan melindungi tanah pasir seluas 1.77 juta hektar.

Pada masa sama, keluasan kawasan pasir di seluruh negara ini berkurangan sebanyak 4.33 juta hektar, menyumbang besar kepada usaha merealisasikan matlamat kehakisan tanah "peningkatan sifar" menjelang tahun 2030 yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).