Sidang Menteri Ke-12 WTO Berhasil

2022-06-18 15:12:11  CRI
Share with:

Sidang peringkat menteri ke-12 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berakhir pada Jumaat. Sidang kali amat berhasil, melampaui jangkaan.

Wakil Tetap China ke WTO, Li Chenggang memberitahu wartawan, hasil sidang kali ini satu kemenangan signifikan multilateralisme dan turut memperlihatkan kesungguhan anggota WTO dalam meningkatkan perpaduan dan kerjasama untuk mengatasi cabaran semasa. Dalam konteks dunia mengalami beberapa krisis dan berkurangnya kepercayaan sesama anggota WTO pada masa ini, hasil sidang kali ini yang melampaui jangkaan amat signifikan dan bermakna.

Menurutnya, China aktif mendorong rundingan dan dialog antara pelbagai pihak dan dalam pelbagai cara serta memainkan peranan membina dalam sidang kali ini. Pemeliharaan mekanisme perdagangan multilateral selaras dengan kepentingan China dan anggota-anggota WTO yang lain.