Xi Bercap dalam Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg

2022-06-18 15:10:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menghadiri sidang pleno Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg ke-25 dan menyampaikan ucapan secara maya pada Jumaat.

Beliau menyatakan, dunia kini berdepan dengan perubahan besar dan pandemik yang tidak pernah berlaku dalam seabad lalu, globalisasi ekonomi menghadapi angina haluan, dan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menghadapi cabaran yang tidak pernah ada. Masyarakat antarabangsa lebih mengharapkan pembangunan yang lebih adil, mampan dan selamat.

Xi menegaskan, kita perlu mengambil peluang di samping menghadapi cabaran, melaksanakan inisiatif pembangunan sejagat agar mencipta dan berkongsi masa depan yang damai, makmur dan sejahtera.

Beliau turut mengemukakan empat cadangan. Pertama, membina iklim pembangunan yang baik. Kedua, meningkatkan hubungan rakan kongsi. Ketiga, mendorong globalisasi ekonomi. Dan keempat, memperkasakan pembangunan dipacu inovasi.

Xi mengatakan bahawa ekonomi China mempunyai daya tahan yang kuat dan berpotensi besar. Pertumbuhan ekonomi China untuk jangka masa panjang tidak berubah. Kami yakin penuh terhadap pembangunan ekonomi China.

Selain itu, China akan terus mendorong pembangunan bermutu tinggi, meningkatkan taraf keterbukaan, dan memperkasakan pembinaan bersama inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Pada masa yang sama, menurut Xi, China bersedia bersama-sama pelbagai negara termasuk Rusia untuk mencipta masa depan yang lebih baik, berkongsi peluang pembangunan agar memberikan sumbangan baharu bagi memperkasakan kerjasama pembangunan global dan membina komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Sidang pleno forum kali ini yang diadakan secara hibrid, turut dihadir pemimpin Rusia, Mesir, dan Kazakhstan.