Pembetulan Institusi Kewangan Dibahaskan Pucuk Pimpinan PKC

2022-06-18 14:01:45  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat, membahaskan laporan tentang pembetulan masalah yang ditemui dalam kerja pemeriksaan terhadap institusi kewangan, pada Jumaat. Mesyuarat dipengerusikan Presiden Xi Jinping.

Mesyuarat menegaskan, usaha harus diperkasakan berpandukan fikiran Xi Jinping mengenai Sosialisme bercirikan China pada era baharu dan dengan tegas menempuh jalan pembangunan kewangan bercirikan China. 

Sebagai langkah-langkah penting bagi menggalakkan pembaharuan dan pembangunan industri kewangan, arahan Xi memberi panduan kepada kerja pembetulan masalah tersebut dan mendorong kerja itu mencapai kemajuan.