Tuaian Lumayan Akar Teratai di Guangxi

2022-06-19 09:22:28  CRI
Share with:

Pekan Baipeng di daerah Liujiang, bandar Liuzhou, wilayah Guangxi dikenali sebagai “pusat penghasilan akar teratai jed di China”. Akar teratai yang dihasilkan di kawasan itu diberikan nama “akar teratai jed” kerana warnanya putih seperti batu jed. Sekarang tibanya musim menuai akar teratai jed di kawasan itu.

Akar teratai yang dihasilkan di sini laris dijual ke seluruh China malah dieksport ke luar negara seperti Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara di Asia Tenggarah.