QMS Edisi Ketiga Bermula di Qingdao

2022-06-20 13:00:14  CRI
Share with:

China komited menyelaraskan pencegahan wabak COVID-19 dan pembangunan sosioekonomi, sambil terus melonggarkan akses pasaran dan menggalakkan persaingan yang adil.

Ahli Dewan Negara, Wang Yong berkata China juga akan terus memudahkan serta meningkatkan kebebasan bagi perdagangan dan pelaburan, di samping mengoptimumkan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.

“Pintu China akan terbuka makin luas, dengan menjanjikan peluang pembangunan lebih banyak.

“Syarikat pelbagai negara dialu-alukan datang membuat pelaburan,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak Syarikat Multinasional (QMS) ke-3 di Qingdao, Ahad.

Beliau turut berharap supaya syarikat multinasional berkenaan bersama-sama mempertahankan sistem perdagangan multilateral, memastikan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, menggalakkan pemulihan ekonomi dunia, sekali gus menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.