Laporan Pembangunan Global Disiarkan

2022-06-20 16:50:11  cri
Share with:

China bersedia berusaha bersama pelbagai pihak dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, mempercepat Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan membina komuniti pembangunan sejagat.  

Demikian dinyatakan ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi semasa berucap dalam sesi pelancaran Laporan Pembangunan Global yang berlangsung secara maya hari ini.

Menurutnya, dengan merujuk kepada pengalaman bermanfaat daripada China dan negara-negara lain di dunia, laporan itu mengemukakan usul dari lapan aspek mengenai pelaksanaan Agenda 2030.

Beliau turut melihat laporan itu sebagai langkah penting China bagi melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, sekali gus memberi sokongan intelektual kepada pembangunan sejagat.