Festival Dokumentari China Buka Tirai

2022-06-21 14:07:49  CRI
Share with:

Festival Dokumentari China edisi pertama yang dianjurkan bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) membuka tirai di Beijing pagi tadi. 

Lebih 50 dokumentari dan filem unggul yang diterbitkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) akan ditayangkan menerusi ratusan platform media di seluruh dunia dalam lima jenis bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Hu Heping dalam ucapannya memaklumkan, aktiviti itu bertujuan meningkatkan persefahaman dan ikatan persahabatan di kalangan rakyat pelbagai negara.

Katanya, di dunia ini yang penuh dengan ketidakpastian dan cabaran, interaksi dan saling belajar antara tamadun semakin menjadi dorongan penting kepada kemajuan tamadun manusia serta keamanan dan pembangunan dunia.

Presiden CMG, Shen Haixiong pula menyatakan, lebih 50 dokumentari yang bakal ditayangkan itu bagaikan kaleidoskop berwarna-warni yang memaparkan kisah rakyat biasa China mengejar impian masing-masing.

Beliau berharap aktiviti tersebut dapat menjadi jejambat bagi merapatkan persefahaman rakyat, pertukaran budaya dan kerjasama pragmatik, sekali gus menyingkap lembaran baharu interaksi dan saling belajar antara tamadun berbeza.