HK Komited Berintegrasi dengan Agenda Pembangunan Negara

2022-06-21 11:57:33  CRI
Share with:

Ketua eksekutif baharu Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee Ka-chiu menghuraikan lebih lanjut mengenai keutamaan tadbir urus untuk masa depan, pemeliharaan keselamatan negara serta penglibatan dalam landskap pembangunan negara.

Mengenai dasar ‘satu negara, dua sistem’, John Lee berpendapat, sepanjang tempoh 25 tahun lalu, dasar itu berjaya dilaksanakan di Hong Kong. Walaupun melalui jatuh bangun, wilayah berkenaan menjadi lebih berdaya tahan dan progresif selepas mengatasi setiap cabaran yang mendatang.

Menurut beliau, dasar berkenaan perlu terus dioptimumkan demi menambah baik kedudukan daya saing Hong Kong di peringkat global, dan membolehkan wilayah itu diintegrasikan ke dalam agenda pembangunan negara dengan sepenuhnya.

“Kami (Hong Kong) bukan sahaja merupakan peserta, malah juga penerima manfaat. Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 menjadi panduan dan pedoman bagi pembangunan kami.

“Pihak kami akan mengambil kesempatan ini kerana ia merupakan hala tuju yang boleh membimbing kami terlibat dan terlaras dengan pembangunan negara,” katanya.