Semua Negara Diseru Menentang Ucapan Kebencian

2022-06-21 12:59:08  CRI
Share with:

China menyeru pelbagai negara saling menghormati, menjalani dialog sama rata dan bersama-sama menentang ucapan yang menghasut kebencian.

 

Demikian ujar wakil tetap China di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat peringkat tinggi bukan rasmi Hari Antarabangsa Menentang Ucapan Kebencian Perhimpunan Agung PBB pada Isnin.

 

Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi untuk menetapkan 18 Jun sebagai Hari Antarabangsa Menentang Ucapan Kebencian pada Julai 2021 dan China merupakan antara negara yang mengemukakan resolusi tersebut.

 

Menurut Zhang, pelbagai negara perlu saling menghormati dan mengadakan dialog yang sama rata untuk menghadapi serta menghapuskan ucapan kebencian.

 

“Selain itu, pelbagai negara perlu mementingkan peranan pendidikan dalam menghapuskan ucapan kebencian supaya memupuk generasi muda dalam menghormati dan memahami budaya berlainan, di samping meningkatkan keupayaan orang awam untuk mengasingkan serta mengulas maklumat.

 

“Pada waktu sama, pemimpin politik dan media perlu memikul tanggungjawab untuk menamatkan pengeluaran serta penyebaran ucapan kebencian, sebaliknya menjunjung tinggi kebudayaan inklusif,” kata beliau.

 

Zhang memberitahu bahawa ucapan rasisme mengakibatkan jenayah kebencian semakin meningkat.

 

“Kini, pemikiran melampau yang mendiskriminasikan keturunan Afrika serta membenci keturunan Asia adalah merisaukan dan ‘Simptom ketakutan Islam’ akibat ucapan kebencian juga kian serius.

 

“Oleh itu, resolusi diluluskan Mac lalu untuk menetapkan 15 Mac sebagai Hari Antaranbangsa menentang ‘simptom ketakutan Islam’.

 

“China sebagai salah satu negara yang mengemukakan resolusi tersebut akan terus berusaha bersama-sama pelbagai pihak demi mencapai matlamat tersebut,” jelasnya lagi.

 

Zhang menekankan bahawa China bersedia bersama-sama pelbagai negara untuk mengamalkan multilateralisme yang sebenar, mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan memwujudkan dunia yang lebih indah.