AS Dikritik Burukkan Masalah Pelarian

2022-06-21 11:54:35  cri
Share with:

Sesetengah negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) menjadi pencetus masalah pelarian susulan tindakan mereka menjajakan peperangan dan kekacauan serta mencampuri urusan dalaman negara lain, dan menimbulkan malapetaka kemanusiaan sejak sekian lama.  

Kritikan itu diutarakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media sempena Hari Pelarian Sedunia pada Isnin.

Dengan memetik laporan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) baru-baru ini, Wang berkata jumlah pelarian yang meninggalkan tanah air, warga yang memohon status pelarian dan mereka yang hilang tempat berteduh buat julung kalinya mencecah 100 juta akibat konflik dan amalan penindasan.

Jurucakap itu mendesak negara berkenaan supaya menginsafi dengan telilti impak buruk daripada amalan sendiri, mencantas punca masalah pelarian dan memikul tanggungjawab yang sewajarnya.

Beliau turut menzahirkan kesediaan China untuk berusaha bersama masyarakat antarabangsa dalam mendukung multilateralisme, dan memainkan peranan konstruktif bagi menyempurnakan sistem perlindungan pelarian global dan mendorong penyelesaian masalah pelarian.