Prestasi Ekonomi China Mantap, Perkukuh Keyakinan Dunia

2022-06-21 15:31:50  CRI
Share with:

Ekonomi China terus mempamerkan prestasi mantap hasil daripada siri langkah efektif dalam mengawal wabak COVID-19 dan memacu pembangunan sosioekonomi. 

Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin menyatakan ia sekali gus memperkukuh keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap prospek pembangunan ekonomi China.

Semasa sesi taklimat pada Isnin, Wang memetik data Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GACC) sebagai berkata, nilai eksport barangan China pada Mei meningkat sebanyak 15.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, penggunaan sebenar modal asing oleh China turut menokok 17.3 peratus.

Wang berkata China akan terus melonggarkan akses pasaran, menggalakkan persaingan adil, memudahkan serta meningkatkan kebebasan bagi perdagangan dan pelaburan, di samping mengoptimumkan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa.

Menurut laporan dikeluarkan Sidang Kemuncak Syarikat Multinasional (QMS) ke-3 di Qingdao pada Ahad, China kekal sebagai destinasi pelaburan utama bagi syarikat multinasional di dunia.