Bagaimana Angkasawan Guna Air?

2022-06-21 13:29:38  CRI
Share with:

Bagi tiga angkasawan yang dibawa Kapal Angkasa Shenzhou-14 dan sudah berada di stesen angkasa China selama dua minggu, air sudah tentu merupakan elemen penting dalam kehidupan harian mereka, serta sumber paling bernilai.

 

Misi utama bagi para angkasawan yang baharu tiba di stesen angkasa adalah mengatur semula sistem bekalan air dan menjalankan ujian terhadap kualiti air.

 

Ia adalah bagi memastikan pembekalan air yang selamat untuk setiap tugasan dan kehidupan para angkasawan dalam jangka masa panjang.

 

Menurut pengiraan, setiap angkasawan memerlukan air minuman dua liter sehari. Selain air simpanan, air juga akan digunakan dengan kitaran semula di dalam stesen angkasa.

Dalam video ini, beg lut sinar yang berada di tangan angkasawan adalah digunakan khas untuk minuman.

 

Berikutan air simpanan dalam stesen angkasa bukan beralir, maka adalah penting untuk kru melakukan ujian air pada waktu tetap untuk mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma patogen dan menjejaskan kesihatan angkasawan.

 

Malah, terdapat juga mikroorganisma yang memberi impak terhadap struktur bahan stesen angkasa, sekali gus mengundang masalah kepada mesin.