Forum China dan Globalisasi Ke-8 Berlangsung di Beijing

2022-06-21 13:44:13  CRI
Share with:

Forum China dan Globalisasi ke-8 berlangsung di Beijing pada Isnin.

Duta asing yang menghadiri forum itu menzahirkan hasrat supaya masyarakat antarabangsa berganding bahu untuk merungkai cabaran pasca wabak COVID-19.

Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke China, Ali Obaid Al Dhaheri berkata negara-negara di dunia perlu mewujudkan wawasan ke arah kerjasama dan keselamatan mampan, dan bersama menangani cabaran.

UAE bersedia berusaha bersama dengan pelbagai negara untuk mencari penyelesaian bagi cabaran merentasi sempadan dan menyuntik kedinamikan untuk globalisasi.

Duta Thailand, Arthayudh Srisamoot pula berkata, sebagai peneraju teknologi hijau, China mempunyai piawaian yang amat tinggi dalam penggunaan sumber tenaga bersih dan boleh berperanan dalam mendorong penggunaan teknologi mesra alam.